 |
WARY & YANIE'S FAMILY BLOG
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Jun 24, 2009
Suka hati akula.. Blog aku...
Dah lama betul aku tak update blog nie... ramai gak yang bertanya kenapa aku tak update.... hmm tapi aku sendiri takder jawapannya... malas kot.. atau takder masa atau dah tak minat.. atau ahhh bukan ada org nak baca... arghhh apa-apa pun sukahati aku la aku nak update bebila aku suka... dah nama pun blog aku....
Banyak yang dah aku tertinggal untuk diceritakan... dah lebih dua bulan tak update.. so memang banyak yg berlaku dalam masa dua bulan nie...
Antaranya aku ada pegi holiday dengan kekasih-kekasih aku sapa lagi kalau bukan Dani n Daddy nya... pegi KK this time. 3 hari 2 malam. Banyak tempat yang kitorg dapat cover pegi sbb kitorg sewa kereta kat sana. Memula tu kitorg sewa kereta wira, tapi yang sampai Avanza.. apalagi lenjan ajerla... yang penting kitorg byr rate wira.. wakakakak... sampai ke semua tempat yang boleh dikatakan wajib pegi di KK contohnya macam Muzium Sabah, Cultural Village, Sunday Market, Kinabalu Park, Filipino Market, Waterfront Esplanade (ni berdepan hotel kitorg duduk je), One Borneo, lalu depan UMS, Manukan Island banyak la lagi.. memang berjalan ajer la sepanjang kat sana.. hotel memang balik bila dah waktu nak tido ajer.. memang best giler.. n puas yang teramat puas... duit pun memang keluar macam air ajer kat sana... tapi takpa.. kitorg happy n bebetul puas... my dear Dani pun memang baru 1st time nak flight... he was so excited... dlm flight sibuk tengok kat tingkap.... and I really in love dengan service Air Asia (kecuali flight delayed ngan kene beratur dan jalan jauh masa nak naik flight tu). Tak tau la kenapa suka ngan Air Asia... maybe sbb dah slalu naik MAS kot (ni bukan ayat show off okay....).
Pics kat KK memang dh save kat pc rumah tapi tak bawak pegi opis lagi.. InsyaAllah tak lama lagi aku update... next vacation will be Kuching... yahooooo.... Nov nanti kita ke sana pula yer my dear Dani n Daddy... ish bahagia nyer hidup kite..... heheheh
Tak lama lepas pegi KK tu kalau tak silap kitorg ada pegi ke Kuantan... Dani n Daddy teman Mummy keje... pastu kitorg holiday kat Cherating... hmm keje holiday ajer... yelah nak buat cemanakan.. kitorg memang suka jalan2.. so pegi ajer la... duit belakang kira la... yang penting kitorg happy (n again yang ni pun tak berniat nak show off okay.. kalau sesapa tak suka.. jangan baca dh blog aku ni.. hehehe)
eh.. before this aku bahasakan diri aku 'Mummy' kat blog ni.. tapi skang sudah tukar jadi 'aku' ah.. sukahati aku la.. blog aku...
Posted at 03:09 pm by adriyani
Permalink
Apr 20, 2009
wah wah wah... Mummy dah berjaya bukak blog untuk produk Mummy ni... kepada sesiapa yang berminat untuk membeli 'kain sulam bukit tinggi' sila singgah ke
www.sulamannanindah.blogspot.com
Posted at 04:29 pm by adriyani
Permalink
Apr 16, 2009
Tiba-tiba rasa dah lama betul tak update pasal anak Mummy yang tercinta ni… harini Dani dah lebih kurang 2 tahun 5 bulan… sejak 2 bulan lepas lagi Dani dah tak perlu pakai pampers sepenuhnya… yahuuuuu… anak Mummy dah besar… Dani sekarang makin bijak dan petah… mulut Dani tak pernah diam… dulu Mummy selalu kutuk cuzzie Dani si Kakak Nini sebab mulut dia macam burung murai… tup tup skang ni anak Mummy plak dah jadik camtu hehehhe… takpela Sayang… InsyaAllah selagi terdaya Mummy akan layan berbual dengan anak Mummy yang sorang ni…
Ha…ni ada cerita yang seronok sikit….InsyaAllah next week for the 1st time nak bawak Dani naik flight… hopefully Dani tak meragam dalam flight nanti…. yahuuuu kita pegi holiday kat Kota Kinabalu…. Seronoknya… tak sabar nak pegi sana dengan Dani n daddy.. walaupun Mummy dah pernah ke sana… tapi this time lebih bermakna sebab Dani n daddy ikut sama… Mummy ada keje sebenarnya kat KK… so mummy angkut Dani, daddy n nenek skali this time… dari 23 Apr sampai 25 Apr… mummy nyer keje cuma pada 24hb so ada masa untuk jalan2 23hb n 25hb nanti… kita akan sewa kereta.. tapi tak sure lagi nak pegi mana tempat2 menarik kat sana… boss Mummy rekemen kita pegi Manukan Island… boss lagi satu plak rekemen pegi anak kaki Mount Kinabalu… so tengoklah mana yang sempat…
Or maybe kita pegi dua2 tempat… daddy minat snorkeling… nenek plak tak kisah… so kemungkinan besar kita pegi Manukan Island…. Nantikan gambar-gambar kami yer….
Alamak… Mummy lupa la nak upload gambar new cuzzie Dani si Darwis Zikri… ntah mana Mummy simpan gambar dia… nanti la Mummy carik nanti Mummy upload kat sini… dah hampir 2 minggu Mummy tak jumpa si comel ni… heheheh kalau jumpa dia sure kena gomol ngan mak ngah dia nie… hmmm tengok Zikri teringin gak Mummy nak tambah lagi… tapi…ntah Mummy mampu ntah tidak jadik mummy yang baik… iyerlah… skang ada Dani sorang pun kekadang Mummy tak larat nak jaga…. Tapi kalau rezeki Tuhan nak bagi, InsyaAllah Mummy akan jaga permata2 hati mummy n daddy sebaik mungkin…
OKla… biz mummy berjalan macam biasa… kain2 mummy masih lagi terjual seperti biasa… target untuk raya mummy dh start usahakan… thanks a lot to mamilaya sebab banyak tolong mummy, biz make up pun berjalan jugak.. walaupun pada mulanya sekadar suka2 tapi skang mummy dapat rasakan dua2 biz ni leh jadik serious biz in the future…. Thanks to all yang support… jasa anda hanya Allah ajer akan balas…
Posted at 10:51 am by adriyani
Permalink
Mar 16, 2009
Perkembangan terbaru... selepas terlalu lama....
Dah lama sangat tak update blog ni… hmm.. alasannya kerana…. Hmm takpelah yang tu cerita kejap lagi. Sebelum cerita dengan lebih lanjut tentang kesibukan Mummy kebelakangan ni Mummy nak cerita jugak pasal "blog tinggal" Mummy ni... lately Mummy dapat banyak call dari kawan-kawan internet yang mintak Mummy belikan barang-barang Kryolan... wah wah wah walaupun Mummy tak update blog ni tapi rating dia tinggi jugak yer... chewah... perasan... OK kepada kawan-kawan yang contact Mummy seperti Nikku dan Azrin, InsyaAllah Mummy akan pegi Kryolan's Main Distributor untuk tolong belikan barang yang you all pesan tu.
Make up
Selain tu Mummy nak update jugak perkembangan seni make up yang Mummy sangat minat ni. Setakat ni Mummy dah buat satu make up pengantin iaitu sepupu Mummy bagi reception di sebelah suaminya dan juga Mummy dah buat make up bertunang iaitu kawan kepada sepupu yang Mummy sebutkan tadi (mungkin terpikat pada keupayaan Mummy make up sepupu Mummy tersebut hehehhe... almaklumlah amateur). Kepada Along and Diyana thanks di atas kepercayaan yang telah diberikan... and for Diyana.. 'Betul-betul ke ni nak suruh akak make up gak on your wedding day December nanti?'… hmmm… sesiapa yang berikan kepercayaan kepada Mummy, InsyaAllah takkan Mummy sia-siakan.
Business
Sekarang Mummy nak cerita pasal apa yang membuatkan Mummy betul-betul sibuk kebelakangan ni... hint dia adalah "kain" hehehhe... sebenarnya Mummy dah mulakan perniagaan ni start dari January dan March ni dah masuk bulan ketiga. Mesti semua nak tau apa lah pulak perniagaan yang Mummy join ni. Oklah... sebenarnya Mummy skang jual "Kain Sulam Bukit Tinggi, Indonesia". Mummy adalah salah seorang reseller kepada MMLY Collection. Tokeh MMLY Collection, kawan baik Mummy yang jugak Dani panggil Mami or Mamilaya adalah satu-satunya orang yang membuka hati Mummy untuk menceburi bidang perniagaan…. I'm really in love with her ideology… Alhamdullah akhirnya Allah berikan Mummy peluang untuk menambah pendapatan keluarga kita… selain itu thanks jugak kepada member-member yang menyokong Mummy.. yang membeli kain-kain ni dan juga kepada member-member yang tolong menjual juga kain Mummy macam Farah Aiza, Yann, Laila, Kak Rina, Ayied… Alhamdulillah banyak yang terjual dan InsyaAllah banyak lagi yang akan terjual tak lama lagi hehehhe…
Our Booth – Cineleisure, every weekend from 10 a.m. to 10 p.m.
Selain itu, sesiapa yang nak tengok kain ni leh lah datang ke booth kami di hadapan pintu masuk Cineleisure every weekend from 10 a.m to 10 p.m… kami start bukak booth ni last weekend dan sambutannya amat meggalakkan.. Alhamdulillah… ha.. sesiapa yang sedang-sedang mencari kain yang 'rare' sket untuk raya tahun ni singgah lah ke booth kami… InsyaAllah kain-kain kami memenuhi citarasa anda… hehehhe tak hengat punyer promo….
Okla... kat sini Mummy attached skali hasil make up Mummy bagi Along and Diyana… pics ni sepatutnya Mummy update dua bulan lepas... hehehhe sorry lambat update...
Farahiyah a.k.a Along - Reception, Klang on 31 January 2009



Diyana - Engagement Day, Bukit Putera Mahkota on 7 February 2009




Sesiapa yang 'ada berani' mencuba untuk di make up kan oleh Mummy... tak kisah lah untuk dinner ke, bertunang or wedding, boleh lah contact Mummy di no 019-3913002 or YM me 'adriyaninoor', yang berminat ngan barang-barang Kryolan or dengan Kain Sulam Bukit Tinggi pun boleh contact Mummy.
Posted at 10:30 am by adriyani
Permalink
Jan 21, 2009
Akhirnya hasrat Mummy untuk belajar pasal make up ni berjaya gak akhirnya… tapi before mummy pegi bengkel make up dengan Sutera Artistic Team pada hari Ahad, Mummy dapat exclusive course dari bestfriend Mummy or Dani panggil Mama Ayied…
So pagi pagi hari Sabtu dalam pukul 10 pagi Mama Ayied n family (Papa Ajib, Arissa n Qaisara) dah sampai umah… Mummy n Mama Ayied dah ada appointment nak pegi ke authorized dealer Kryolan untuk beli barang barang make up… so Papa Ajib & anak2 ngan Daddy & Dani tinggal kat umah… heheheh (nasib baik kitorg dapat husband yg sporting giler.. thanks Daddy sebab amat memahami minat Mummy). Kitorg pun kencang la pegi ke kedai Kryolan kat Jalan Raja Chulan… banyak gak kitorg borong n banyak RM habis…kami beli stick foundation, concealer and eyeliner…. kami dah jadi Kryolan's members.. so sesapa yang nak beli barang barang Kryolan nak dapatkan special price leh la contact kami…. Lepas ke Kryolan kami pegi plak ker City One Plaza untuk beli brush set n eyelashes.. harga amat berpatutan kat sana…. Kami bershopping lebih kurang 3 jam… sampai umah dalam pukul 2 petang… anak anak ngan bapak bapak summer dah terbungkang tido.. lapar agaknyer… sian diorang…
Lepas makan n solat Zohor Mummy ngan Mama Ayied start kursus make up kami.. Mama Ayied dah pegi penah pegi kelas make up… so dia turunkan la ilmu2 make up yang dia tau kat Mummy… hmmm sangat interesting….
Memula memang Mummy bercadang utk make up muka dia.. tapi oleh kerana Mummy tak berapa reti pegang brush n sponge… (teknik still tak betul…) dan terhegeh-hegeh hehehhe… so Mama Ayied make up muka dia.. so Mummy ikutla kat muka Mummy… banyak teknik teknik yang dia ajar… seronok sangat… dan inilah antara hasilnya…. Otai-otai make up kalau nak bagi komen memang amat di alu-alukan… yang tak otai pun leh komen… tapi perasan tak mata Mummy macam besar sebelah?? Sebabnya… tak reti pakai eyelashes… hehehhehe

Sempoi Mama before make up

wow... stylo.. gorgeous mama

Mummy... amateur mak andam... hehehhe
Ahad barulah Mummy pegi Bengkel Solekan Anggun dengan Sutera Artistic.. kiranya Mummy dah belajar la sikit sikit tentang teknik teknik make up dengan Mama Ayied.. so kat bengkel ni untuk belajar dengan lebih dalam lagi la… memang best pegi bengkel ni sebab banyak sangat tip tips make up yang diajar… ni gambar Mummy lepas belajar… tang mata tu Mummy rasa Mummy dah buat terpekat sket especially kat bawah mata…

after bengkel with Sutera Artistic
hmmm kena buat banyak eksperimen lagi nie… so kawan kawan Mummy la yang akan jadi mangsa… hehehhe.. InsyaAllah next entry Mummy akan tunjuk gambar kawan-kawan yang akan menjadi mangsa make up Mummy hehehhe….
1st Feb nie Mummy akan make up kan cousin Mummy untuk reception sebelah husband dia… dia yang beria-ia nak suruh Mummy make up kan… so InsyaAllah Mummy akan buat yang terbaik… maybe inilah platform untuk Mummy terus berjaya dalam bidang yang amat Mummy minat nie… tunggu yer gambar gambar dia nanti….
P/s Those yang nak beli barang-barang Kryolan n nakkan special price leh contact Mummy n also those yang ada berani nak Mummy make up kan leh gak contact... don't worry...Mummy just amateur so harganya pun bukanlah macam yang pro make up artist slalu chraged tu.... email: adriyaninoor@yahoo.com or contact 019-3913002
Posted at 11:35 am by adriyani
Permalink
Jan 15, 2009
Along's Wedding - More pics
Dah lama btul Mummy tak update blog nie… biasalah… awal2 tahun ni of course la Mummy busy giler ngan year end closing… hmmm March nanti auditor dah nak masuk audit… hmmm bertambah tambah busy la gamaknyer….
Mummy nak update skit gambar majlis walimatul urus cousin Mummy… yang ni dari professional camera… hehehhe.. lama betul tunggu gambar nie.. tapi rasanya penantian kami tak sia-sia… sebab hasil kerja sricandid memang dasyat… hehehhe
Majlis haritu pada 12 dan 13 Dec 2008… Alhamdulillah berlangsung dengan sempurna… cousin Mummy or Along memang super duper stunning on that day… hehehehe sapa lagi yang make up kalau bukan Kak Mas (org yang sama bikin Mummy nyer make up 3 tahun lepas pada 16 & 17 Dec 2005) hmm rasanya Mummy tak salah recommend Kak Mas kat Along… next week pun Mumm akan gi bengkel make up ngan Kak Mas… hehehe nak mencuba-cuba plak bidang make up nie.. mana la tau bakat terpendam… untung untung leh dapat side income dari make up nie…hehehhe… so Along nyer reception kat belah husband dia nanti 1 Feb 2009 nie Mummy yang akan make up… hehehhe.. tunggu yer hasilnya…
Mummy kepilkan skali gambar anak Mummy yang sorang nie… ensem giler masa majlis tu , siap pakai tux lagi ahaks…
hehheheOk la.. enjoy the pics…









Posted at 10:12 am by adriyani
Permalink
Dec 19, 2008
Congratulations Auntie Long & Uncle J.Dai

How special it was as family and friends, Gathered to welcome husband and wife; Happiness was felt by everyone, As they start this precious new life.
Pictures taken to collect memories, To pass down for generations to come; You can see by the smiles on faces, Fun and food was enjoyed by everyone.
No happier occasion can there be, That brings folks together again; Than a wedding filled with loved ones, With wonderful wedding trends.
What a perfect way to start a new life, With a love that is forever true; Congratulations to the bride and groom, We wish only the best to you!
Posted at 10:20 am by adriyani
Permalink
Dec 18, 2008
Mummy dah update pics birthday party Dani kat sebelah.. bawah pics Mummy & Daddy...
Ni salah satu gambar masa potong kek haritu...

Posted at 12:04 pm by adriyani
Permalink
Dec 2, 2008
Alhamdulillah, the event went well with sporting crowd, Dani behaved so well on that day and Mummy was so happy that almost everybody can make it to the party…. including Dani's Tok Wan and Acu all the way from Kedah.
We would like to thank to everybody who supported us for the preparation such as the canopy which was managed by Uncle Bala (our neighbour).. thanks uncle.. your service is superb, and also for the foodie arranged by Auntie Liza and Mama (Dani's Nanny).. it was delicious… roti jala, nasi goring cina and mee kari.. and also nugget/chicken drummet fried by Bibik's magic hands… hehehhe.. pudding from Mummy…
Upacara potong kek was a bit kelang kabut.. hehehe the cake was only ready to collect at 2.30pm however Daddy was not free to do it due to guests ramai yang dah start serbu… so Daddy was just only free to collect the cake at 3.00 pm … when the cake is ready… Kakak Nini or Dani's favourite cousin plak still on the way… so we have to wait for her… dia siap awal2 dah sound Mummy "Mak Ngah tunggu Kakak tau.. Kakak nak potong kek dengan Dani". Dani started cut his birthday cake at 3.30pm. Nevertheless we forgot the candles ha ha ha… so this time Dani cut his birthday cake without the candles. Eventhough it was kinda hectic.. but Dani was really enjoy the moment… everybody sang him a birthday song.. he was really excited and a bit shy… his lovely cousins Kakak Nini, Kakak Anis and Kakak Jasmine were together with him to cut the cake… memorable moment.. so sweet… The cake was yummy.. Thanks Secret Recipe…
Thanks to all who came to Dani's second birthday bash. Let's name some of them UnclePi/Pekji (our first guest), UncleDimanMusab&Mawaddah, UncleJu, AuntieLiza&Badrin, AuntieLelaHubby&Naurah, AuntieYanaHubbyKiki, AuntieOgyHubby&Aqilah, MaklongPakLongKAnis&KJasmine, MamaAyah&KNini, TokLongNenekAuntieNanaAlong&UncleJdai, TokSuNekSu&kids, TokNjangNekNjang, MaklongRosnidaHubby&Baby, AuntieShikinHubby&Batrisya, MamaIbuAnis AbgAndyAbgYanAbgWan&KYah, AuntieFannUncleAmy&Alaya, UnclePuyunAuntieNonie&kids, UncleJanWife&Baby, AuntieJulieHubby&kids, UncleKong&family, NenekTokBabaAcu&Ude, TokWan&Acu & our late but not too late guest heheh UncleRazifAuntieAyiedArissa&Qaisara....
The presents were lovely too.. thank you so much
Mummy will update the pics later... but for some reason we kinda forget to take pics… and we only have few... next entry OK...
Posted at 08:58 am by adriyani
Permalink
Nov 21, 2008
Happy 2nd Birthday My Dear

Dani is turning 2
Please join us to celebrate his birthday party at:-
No 9 Jalan 22 Taman Usaha Jaya Kepong KL
22 November 2008 (Saturday)
3 PM onwards
Posted at 02:14 pm by adriyani
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|