Perkembangan terbaru... selepas terlalu lama....
Dah lama sangat tak update blog ni… hmm.. alasannya kerana…. Hmm takpelah yang tu cerita kejap lagi. Sebelum cerita dengan lebih lanjut tentang kesibukan Mummy kebelakangan ni Mummy nak cerita jugak pasal "blog tinggal" Mummy ni... lately Mummy dapat banyak call dari kawan-kawan internet yang mintak Mummy belikan barang-barang Kryolan... wah wah wah walaupun Mummy tak update blog ni tapi rating dia tinggi jugak yer... chewah... perasan... OK kepada kawan-kawan yang contact Mummy seperti Nikku dan Azrin, InsyaAllah Mummy akan pegi Kryolan's Main Distributor untuk tolong belikan barang yang you all pesan tu.
Make up
Selain tu Mummy nak update jugak perkembangan seni make up yang Mummy sangat minat ni. Setakat ni Mummy dah buat satu make up pengantin iaitu sepupu Mummy bagi reception di sebelah suaminya dan juga Mummy dah buat make up bertunang iaitu kawan kepada sepupu yang Mummy sebutkan tadi (mungkin terpikat pada keupayaan Mummy make up sepupu Mummy tersebut hehehhe... almaklumlah amateur). Kepada Along and Diyana thanks di atas kepercayaan yang telah diberikan... and for Diyana.. 'Betul-betul ke ni nak suruh akak make up gak on your wedding day December nanti?'… hmmm… sesiapa yang berikan kepercayaan kepada Mummy, InsyaAllah takkan Mummy sia-siakan.
Business
Sekarang Mummy nak cerita pasal apa yang membuatkan Mummy betul-betul sibuk kebelakangan ni... hint dia adalah "kain" hehehhe... sebenarnya Mummy dah mulakan perniagaan ni start dari January dan March ni dah masuk bulan ketiga. Mesti semua nak tau apa lah pulak perniagaan yang Mummy join ni. Oklah... sebenarnya Mummy skang jual "Kain Sulam Bukit Tinggi, Indonesia". Mummy adalah salah seorang reseller kepada MMLY Collection. Tokeh MMLY Collection, kawan baik Mummy yang jugak Dani panggil Mami or Mamilaya adalah satu-satunya orang yang membuka hati Mummy untuk menceburi bidang perniagaan…. I'm really in love with her ideology… Alhamdullah akhirnya Allah berikan Mummy peluang untuk menambah pendapatan keluarga kita… selain itu thanks jugak kepada member-member yang menyokong Mummy.. yang membeli kain-kain ni dan juga kepada member-member yang tolong menjual juga kain Mummy macam Farah Aiza, Yann, Laila, Kak Rina, Ayied… Alhamdulillah banyak yang terjual dan InsyaAllah banyak lagi yang akan terjual tak lama lagi hehehhe…
Our Booth – Cineleisure, every weekend from 10 a.m. to 10 p.m.
Selain itu, sesiapa yang nak tengok kain ni leh lah datang ke booth kami di hadapan pintu masuk Cineleisure every weekend from 10 a.m to 10 p.m… kami start bukak booth ni last weekend dan sambutannya amat meggalakkan.. Alhamdulillah… ha.. sesiapa yang sedang-sedang mencari kain yang 'rare' sket untuk raya tahun ni singgah lah ke booth kami… InsyaAllah kain-kain kami memenuhi citarasa anda… hehehhe tak hengat punyer promo….
Okla... kat sini Mummy attached skali hasil make up Mummy bagi Along and Diyana… pics ni sepatutnya Mummy update dua bulan lepas... hehehhe sorry lambat update...
Farahiyah a.k.a Along - Reception, Klang on 31 January 2009



Diyana - Engagement Day, Bukit Putera Mahkota on 7 February 2009




Sesiapa yang 'ada berani' mencuba untuk di make up kan oleh Mummy... tak kisah lah untuk dinner ke, bertunang or wedding, boleh lah contact Mummy di no 019-3913002 or YM me 'adriyaninoor', yang berminat ngan barang-barang Kryolan or dengan Kain Sulam Bukit Tinggi pun boleh contact Mummy.
Posted at 10:30 am by adriyani