WARY & YANIE'S FAMILY BLOG


"Families are like fudge... mostly sweet with a few nuts"

Hye.. Welcome to our Family Blog... Wary and Yanie have been happily married and in love for over a years and have 1 great kid. His name is Dani. Dani brings a lot of love to the family. Get our latest news and pictures from this blog... enjoy it...








BLOGGERS
SETANUNO
AUNTIE FARRA
AUNTIE OGY
AUNTIE FANNY I
AUNTIE FANNY II

FAVOURITE FOTOPAGES
MY FP
CINTA YANG KITA MAU
MAMI LAYA
MAMA
ITU YANG KITA MAU

FAVOURITE CAKES
FARRA CHEESE CAKES
MUMMY ROZ CUTE 3D CAKES N CUPPIES
ELLIEZ D HEART CUTE CUPPIES

FAVOURITE MUMMY N BABY WEBSITES
MOMS LITTLE ONES
MY BABY STORE
BABY SASHA N MOM
MOTHERCARE
MOM'S CARE

My Little Boy


No amount of gold could ever compare,
to the gift of love that my son shares.
I've been blind and I couldn't see that all the love I've wanted is right here in front of me.
He gives reason to get through another day.
Maybe it's how he loves me in his special little way.
And when it gets hard for me to sleep at night....
He wraps his little arms around me and says God will make things right!
From sweet gentle touches to his bear hugs and a kiss...
He makes this hell on earth seem more like a peaceful bliss.
That great big kool-aid smile and the twinkle in his eyes....
Every time I look at him it makes me want to cry.
But they're not tears of sorrow; they're tears of pride and joy....
Too know that all the love in heaven is wrapped around my little
boy






Dani 1 day old

Dani 1 month old

Dani 2 months old

Dani 3 months old

Dani 4 months old

Dani 5 months old

Dani 6 months old

Dani 7 months old

Dani 8 months old

Dani 9 months old

Dani 10 months old

Dani 11 months old

Dani 12 months old

Dani 13 months old

Dani 14 months old


Dani 15 months old



Dani 16 months old

Dani 17 months old


Dani 18 months old


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Oct 9, 2008
Memori Aidilfitri 2008 - More pictures


Posted at 11:25 am by adriyani
Comments (5)  

Oct 7, 2008
Aidilfitri 2008

Datuk Mummy yang telah kembali ke Rahmatullah pada 27 September 2008 iaitu pada hari ke 27 umat Islam genap berpuasa. Suasana sedih, pilu, rindu dan bermacam-macam lagi telah melanda kami sekeluarga. Walaubagaimanapun kami redha dengan pemergiannya setelah Tuhan meminjamkannya 92 tahun usia untuk arwah hidup di muka bumi ini. Selama itulah arwah tidak pernah berhenti mencurahkan kasih sayangnya kepada anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit beliau.

 

Aidilfitri kali ini walaupun perasaan sedih menyelubungi Mummy, kemanisan Aidilfitri tetap dirasai. Lebih-lebih lagi ianya disambut bersama suami dan anak tercinta sudah tentu sedikit sebanyak perasaan sedih tersebut dapat diatasi.

 

Pulang ke kampung halaman Daddy di Baling, Kedah pada 28 September 2008 selepas arwah Datuk Mummy selamat dikebumikan. Kami pulang semula ke Kuala Lumpur pada Hari Raya pertama untuk beraya bersama-sama keluarga Mummy.

 

Warna ungu adalah tema baju raya kami pada kali ini. Mummy tidak lupa menghadiahkan Tok Wan Dani sepasang baju melayu berwarna ungu juga supaya tema kami sedondon tahun ini.

 

Seperti biasa, tiada istilah rumah terbuka bagi kami. Ini kerana rumah kami memang sentiasa terbuka buat saudara mara dan sahabat handai. Datanglah rumah ye...

 

 

 

 

 

 


Posted at 10:00 am by adriyani
Comments (2)  

Sep 26, 2008
Teratak Kami...

Maaf.. terlalu lama ambil masa untuk upload gambar2 rumah... hmm nielah antaranya yang sempat Mummy ambil selepas sahur pagi tadi.. teringat plak dah berjanji pada kawan2 nak upload gambar... so Mummy dah berjanji dengan diri sendiri mesti upload sebelum cuti hari raya....nielah antaranya gambar2 teratak kami... cukup sederhana namun amat bermakna dan besar ertinya bagi kami suami isteri... di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf jika ada membuat salah pada semua... datang lah rumah yer...

Eh... terselit plak gambar buchuk Mummy nie....

 


Posted at 11:12 am by adriyani
Make a comment  

Sep 9, 2008
Happy Birthday Daddy

Semalam Birthday Daddy yang ke-28... Mummy & Daddy bercuti semalam untuk celebrate birthday konon2nya... tapi akhirnya percutian kami dipenuhi dengan aktiviti2 membeli barang2 keperluan rumah yang kami sendiri tak pasti bila akan berakhir. Berulang kali Mummy tanya Daddy nak hadiah apa untuk birthday kali ni (konon-nya nak balas balik pemberian Daddy pada birthday Mummy tahun ni iaitu handbag n purse Guess dan handphone Nokia baru wah2 sampai dua hadiah Mummy tahun nie). So jawab Daddy "kalau awak beli keperluan untuk rumah kita pun dah ok". So Mummy tanya balik... "contohnya?" Daddy jawab "contohnya beli canopy untuk balcony belakang umah" hehehe so kami pun ke Giant di Batu Caves.. sebab dah usha kat sumer hypermarket macam Carefour and Tesco and infact dah pegi jugak Ace Hardware kalau2 canopy tersebut ada dijual... nampaknya memang rezeki Giant gak.. memang ada dijual di sana.. so kami pilih yang diperbuat dari canvas bukan dari plastik... dengan harapan canopy nie tahanla... tujuan pembelian canopy ni adalah untuk kami lepak2 di balcony tersebut samada pada siang atau malam hari, panas atau hujan... tempat ni jugak akan menjadi tempat lepak Daddy untuk hisap rokok (harga rokok dah naik banyak siot.. bilala mamat ni nak berenti), dan di sini jugakla Mummy akan sidai kain Mummy di pagi hari jadi kalau hujan takderla basah hehehehe...

So Mummy tanya Daddy "takkan itu jer hadiah yang Daddy nak".. pastu jawabnyer "OK skang jom kita pegi Ampang Point" so Mummy ikutkan ajer.. walaupun ader beberapa perkataan seakan-akan mengomel yang keluar dari mulut menandakan Mummy tak setuju pegi area situ... sampai di sana memula kami ke kedai Cash Converters yang memang menjadi kedai favourite Daddy semenjak sebelum kawin dan sampaila sekarang... Daddy suruh tengok2 kalau2 ada barang yang Mummy nak... hmmm adalah beberapa barang yang Mummy rasa rare skit dan worth untuk dibeli... Daddy seperti biasa la... tengok jer lebih belinya tidak... lepas tu kami masuk Ampang Point plak.. pegi ke kedai Royale (tingkat atas) memang banyak gila peralatan rumah yang cantik2 dan harganya amat berpatutan... hmmm baru Mummy tau napa Daddy nak bawak gak Mummy ke sini... sebab nyer kedai nie memang best... banyak barang yang Mummy borong tapi masih boleh berjimat sebab harganya memang tak leh dapat kat tempat lain...best... kat Ampang Point ni gak Daddy tersangkut dengan sehelai seluar panjang Dockers.. so Mummy belikan Daddy sebagai hadiah... :)

Selain itu, rumah kami masih belum habis kemas, hehehhe banyak sungguh rupanya.. berhari-hari.. BTW kami dah mula menginap semula di rumah kami 2 malam... tapi masih lagi ditemani oleh Baba dan Mama Mummy (diorg tlg kemaskan umah skit2, Mummy tak suruh OK.. diorg yang offer heheheh). Dani kami dah mula hantar semula di rumah baby sitternya... hari pertama Dani menangis dengan kuat sambil sebut Daddy...Daddy...Daddy.. hiba plak hati Mummy tengok adegan tu... hari kedua pun macam tu gak... tapi kali nie sebut nanak..nanak..nanak.. hari ketiga dan seterusnya tak tau lagi... hmmm selalunya hari ketiga Dani dah OK tapi taktau la kali nie.. sebab Dani dah makin besar... macam2 dia dah reti...

Gambar rumah masih belum dapat Mummy tunjuk... susah2 kawan sumer datang jerla umah... tengok sendiri hehehe... OKla InsyaAllah dalam minggu ni gak Mummy cuba update OK...

 


Posted at 11:55 am by adriyani
Comments (2)  

Sep 2, 2008
Penatnya Kemas Rumah....phew...

Janji tinggal janji lagi nampaknya… Mummy dah banyak kali janji nak tunjuk gambar umah yang dah siap tapi Mummy tak dapat nak buat lagi.. sebabnye… Mummy tak berjaya kemas rumah tu lagi.. hehehe nanti dalam gambar nampak bersepah-sepah. Cuti tiga hari ni memang dimanfaatkan untuk mengemas rumah.. walaubagaimanapun Mummy rasa hanya 60% kerja-kerja mengemas yang dapat disiapkan.

 

Sabtu kami mulakan dengan mencuci tingkat atas dan bawah… kemudian kami pasangkan semua katil2 dan almari-almari… kotak-kotak yang dipenuhi dengan barang2 diletakkan dibahagian luar rumah ditingkat atas. Kotak-kotak tersebut kami buka untuk menghilangkan semua habuk2 yang dah masuk ke dalam kotak tersebut. Mummy dan Daddy dibantu oleh cousin Mummy iaitu Along dan Angah dan juga Nenek. Kakak Mummy pun datang jugak.. tapi dia tolong tengok2 kan Dani jer sebab dia skang pregnant 3 bulan so tak boleh buat kerja2 berat.

 

Ahad kami pergi ke rumah Auntie Yana for Rifqi’s 2nd Birthday Party. Dani seronok sangat sebab dapat jumpa kawan-kawan… walaupun Dani yang paling muda di kalangan kawan2 kat situ tapi dia panggil Rifqi ngan Aqilah (anak Auntie Ogy) baby… hehhehe. Balik dari rumah Auntie Yana kami singgah sebentar di Carefour Wangsa Maju.. kononnya nak beli peralatan2 rumah tapi bila tengok orang ramai sangat Mummy pun trus tak der mood nak membeli.. trus ajak Daddy balik… di rumah kami sambung kerja2 pembersihan.. tapi sungguh tidak berkesan.. sebab Mummy mengemas kat dalam bilik.. Dani plak menyepah kat luar bilik.. ishh.. tension sungguh Mummy... Nenek datang gak petang tu untuk tolong.. tapi akhirnya bukan kami mengemas tapi kami hanya duduk bersembang hehehhe....

 

Isnin kami ke rumah lagi. Tapi kali ni kami tak bawak Dani.. kami singgah sebentar di Ikea untuk tengok2 bar stool yang kami dah aim lama ada atau tidak.. sebab haritu kami pergi it was temporarily out of stock. Akhirnya semalam kami berjaya beli... 2 unit bar stool warna hitam yang memang dah kami aim lama… selain tu kami beli jugak beberapa barang2 lain untuk peralatan rumah kami. Tapi kami bercadang untuk ke Ikea lagi selepas kitchen cabinet kami di siap pasang untuk beli accessories untuk KC kami nanti. Kami singgah jugak di Ace Hardware Ikano untuk membeli beberapa lagi barang kamudian barulah kami balik ke rumah untuk sambung kerja2 mengemas. Lepas Mummy tolong Daddy pasangkan bar stools, Mummy sempat kemas kain baju untuk dimasukkan ke dalam almari…

 

Barulah Mummy tau rupa2nya susah nak kemas balik barang2 kat umah ni… masa nak packing masuk kotak dulu senang jer… hehehhe. Nampaknya hasrat Mummy untuk pindah semula ke rumah sebelum puasa tak berjaya.. Mummy harap sangat minggu depan dah dapat pindah…

 

Selain tu.. last week Mummy baru balik dari Kota Kinabalu… seronok sangat di sana.. Mummy menginap di Imperial International Hotel iaitu di tengah2 bandar KK.. dimana dari hotel tu boleh jalan sahaja untuk ke beberapa tempat menarik seperti Pasar Filipina (di mana Mummy gila shopping pearls kat sini)  dan Water Front Esplanade. Di sana Mummy berkesempatan jugak ke Lok Kawi Wildlife Park tengok Orang Utan hehehhe… hmm memang menarik di KK.. InsyaAllah next visit Mummy akan cuba arrange untuk bawak Dani n Daddy…

 


Posted at 11:11 am by adriyani
Make a comment  

Aug 22, 2008
Renovation - 98% completed

            Kitchen Cabinet Mummy hanya akan siap dipasang pada 2 September 2008 iaitu pada hari kedua umat Islam mula berpuasa pada tahun ini. Nak buat cemana.. salah Mummy gak sebab last Monday baru je confirmkan ukuran kitchen cabinet tersebut. Itupun setelah Wira Kitchen datang untuk confirmkan ukuran…. tetiba ukuran asal yang telah diberi dah lari dari ukuran sebenar… ini gara-gara Mummy nyer bar table yang Mummy baru jer dapat idea untuk buat dan suruh contractor tambah.. hehehhe nasib baik Wira Kitchen OK. So Mummy dah buat bayaran 70% kepada Wira Kitchen dan kilang mereka akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menyiapkan cabinet tersebut. Selain itu, schedule mereka agak ketat memandang hampir kesemua customers nak KC mereka dipasang sebelum hari pertama berpuasa… jadi Mummy tak boleh la nak komplen byk2 kat Wira Kitchen sebab memang Mummy yang lambat.

            InsyaAllah rumah kerja-kerja renovation akan siap sepenuhnya pada hari Sabtu (esok). Electrical goods (kipas, air-cond & vetilator machine) dan lampu2 dah siap dipasang semalam. Jadi pada hari Ahad dah boleh mengemas rumah. Mummy dan Daddy akan kemas sikit2 la.. tapi  pindah sepenuhnya mungkin bila KC sudah dipasang dan rumah bebetul kemas... termasukla Daddy nyer mini garden kat depan umah dah siap hehehhe... Mummy ada gak plan nak tukar gate umah tu.. dah tanya contractor dia bagi quotation RM3,500. hhmmmm nantilah Mummy pikirkan… pagar yang sedia ada memang boleh digunakan lagi.. tapi hmm macam tak padan la dengan umah yang dah upgrade skang nie... heheh alang2 renovate biarla buat sumer kan? Hehehhe bak kata kawan Mummy Auntie Fara.. Mummy ni banyak sangatla "alang2" hehehe alang2 tu alang2 gak.. budget dah lari banyak nie…

            26hb – 27hb Ogos nie (next week) Mummy kene pegi Kota Kinabalu untuk next visit Technofund Projek. This time kene tido sorg2 kat hotel sebab Daddy tak bleh cuti untuk temankan Mummy. Hmm dah lama betul tak tido sorg nie.. tak tau la bleh tido ke idak… ish ish ish. Schedule ke sana agak ketat. 26hb tu pagi2 lagi pukul 9.20 pagi dah diterbangkan ke KK dan keesokannya plak pada pukul 7.00 malam dah diterbangkan semula KL.. hmm penat sungguh… tapi nak buat cemana kerja kan… terpaksa la…

            Okla.. Mummy dah lama betul janji nak tunjukkan gambar umah kan?? Hmm Mummy akan combinekan sumernyer skali bila dah siap.. InsyaAllah weekend nie Mummy snap gambar umah banyak2... pastu Mummy upload yer... tunggu yer...


Posted at 10:16 am by adriyani
Make a comment  

Aug 13, 2008
Brilliant Weblog Award

 

Tak disangka-sangka kawan baik Mummy, Auntie Fara nominated blog nie in Brilliant Weblog Award... hehehhe sangat terharu...Thanks Fara.. actually Auntie Fara's blog is inspiring me a lot to create and keep contributing ideas in this blog. InsyaAllah.. akan lebih rajin lagi update blog nie... so sempena pengiktirafan ini tiba-tiba Mummy jadi rajin giler nak update blog nie. Antaranya yang Mummy dah update adalah gambar2 Dani dari umur 14 bulan hingga 18 bulan heheheh.. tengok kat sebelah yer.. scroll down sampai bawah... soon Mummy update plak gambar Dani paling latest...OK bye.. Fara thanks again...

 

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.Here are the rules to follow:


1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate other blog (optional).
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.

Now Mummy would like to nominate this award to........... who else of course the one and only AUNTIE FARA


Posted at 02:29 pm by adriyani
Comments (2)  

Aug 8, 2008
Renovation - 80% completed

Dah lama betul tak update pasal renovation rumah nie… harini dah masuk 1 bulan 1 minggu renovation rumah kami berjalan. Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar… lebih kurang 80% kerja-kerja renovation ini sudah disiapkan. Kami dianggarkan dapat masuk semula ke rumah dalam 1 atau 2 minggu lagi.. amat menepati target kami. Kini contractor masih lagi dengan kerja-kerja memasang tiles dan mengecat rumah. Lampu, kipas dan air-cond masih belum di pasang kerana perlu menunggu kerja-kerja mengecat disiapkan. Walaubagaimanapun kami sudah membeli barangan tersebut di beberapa buah kedai yang kebanyakannya berdekatan dengan rumah kami. Itu pun setelah kami berpusing boleh dikatakan seluruh Kepong dan Damansara untuk memastikan barangan tersebut menepati citarasa kami. Kitchen cabinet pun telah kami pilih. Kami telah memilih Wira Kitchen untuk menyempurnakan KC idaman kami. Setakat ini kami telah bayar 10% daripada harga KC tersebut untuk confirmation. Esok Wira Kitchen akan datang ke rumah untuk membuat ukuran dan mereka akan mengambil masa lebih kurang seminggu sebelum memasang KC tersebut. Itupun setelah kami membayar 70% daripada harga KC tersebut. Baki 20% akan dibayar bila kerja-kerja telah siap. Mummy telah memilih KC dari material ABS Melamine. Warnanya pula adalah combination colour putih dan hitam. Hmm susah kalau nak diterangkan melalui penulisan... Wira Kitchen dah bagi Mummy pelan lukisan mereka. Tapi Mummy terlupa untuk bawa ke ofis untuk dimasukkan ke dalam blog nie. InsyaAllah Mummy akan lampirkan pelan tersebut tak lama lagi. Hood dan Hob pula Mummy pilih dari jenama Fagor. Amat bernasib baik kerana Fagor membuat jualan gudangnya 2 minggu lepas di kilangnya di Shah Alam. Jika tiada jualan gudang pasti hood dan hob dari jenama ini tidak mampu kami miliki. Mummy memilih hob 2 burner – stainless steel dan hood nya pula chimney design, kodnya Mummy tak ingat tapi nanti bila dah pasang Mummy akan tunjukkan gambarnya...

Tiles plak kami pilih ikut citarasa kami. Pening gak la contractor tu bila tau tiles yang kami pilih ada 7 jenis semuanya hehehhe... cat pun macam tu gak... ada 8 jenis warna untuk cat bahagian dalam rumah dan tak termasuk cat untuk grill, setiap bilik lain warna catnya... tapi contractor nie tak mengeluh langsung.. katanya yang penting tuan rumah puas hati... Okla... gambar2 di rumah akan dilampirkan tak lama lagi.. tunggu yer...

 

 


Posted at 03:34 pm by adriyani
 

Jul 25, 2008
Updates

Mummy baru balik dari Beserah, Kuantan malam semalam. Semalam ada verfication visit untuk Projek Technofund di sana. Mummy ke sana sebagai expert panel untuk project tersebut. Daddy temankan Mummy ke sana. Dani tido ngan nenek untuk satu malam. Mummy bertolak pada hari Rabu lepas ofis dalam pukul 5.00 petang. Sampai di Swiss Garden Hotel pukul 8.15 malam. Malam tu Mummy ngan Daddy sempat pegi minum ngan kawan kami masa di UUM dulu iaitu suami isteri Irham (Buaya) dan Linda dan juga anak mereka Ilhan yang berumur 1 tahun 4 bulan. Muka dia ada skit2 macam Dani.. membuatkan rasa rindu Mummy pada Dani makin mendalam... hehehhe so sepanjang kitorg berbual tu Mummy peluk Ilhan kuat2. Ilhan plak sedang tido so dia tak sedar langsung yang peluk dia bukan mama dia hehehhe. Sembang lebih kurang sampai pukul 10.30 malam kemudian kami terus balik hotel untuk berehat. Keesokannya sesi lawatan Mummy adalah pada pukul 10.00 pagi. So lepas breakfast kat hotel, Mummy ngan Daddy sempat beromantik jalan2 kat tepi pantai hehe.. tenang sangat nampaknya Laut China Selatan skang nie. Sesuai untuk aktiviti mandi manda. Rugi jugak rasanya tak bawak Dani.. tapi nak buat cemana dah Mummy keje bukan bercuti...Start verification visit pukul 10.00 dan sesi tu tamat lebih kurang pukul 2.00 petang. Mummy dan expert panel yang lain di jemput untuk makan tengahari di sebuah restoran seafood di sana. Managing Director syarikat tersebut suruh Mummy ajak Daddy sekali join makan tengahari. So Daddy pun ada sekali lah... lepas makan Mummy n Daddy singgah di pasar di Beserah untuk beli ikan segar yang baru je naik dari laut. Mummy beli seeokor Kerapu, seekor Siakap, 2 ekor Kerisi, ½ kg udang dan ½ kg sotong. Segar sangat tak sabar nak bawak balik umah masak.

 

Lepas sesi bershopping tu kami bertolak balik ke KL lebih kurang pukul 3.30 petang. Sampai umah dalam pukul 7.00 petang itupun lepas singgah sebentar di Hentian Genting Sempah untuk solat. Sampai jer kat umah rupa2nya Dani baru balik dari Seremban dengan Nenek dan Tok Baba. Dani nampak excited bila nampak Mummy ngan Daddy. Peluk Mummy ngan Daddy sekuat2 nya, tapi bila sampai sesi untuk tido, Mummy tengok perangai Dani semacam. Lepas jer Mummy buat susu, Dani taknak minum susu sambil Mummy riba. Dani terus pegi kat riba nenek. Mummy panggil elok2 Dani buat tak tau jer. So Mummy trus jer angkat Dani masuk bilik. Dani meraung sekuat2 nya taknak dengan Mummy... terjerit2 mama mama mama (panggilan baru untuk nenek dia) hancur luluh nyer hati Mummy... kali pertama Mummy menangis beria2 sebab anak Mummy taknak ngan Mummy. Padahal ini bukan kali pertama Mummy outstation tinggalkan Dani. Tapi tetiba semalam walaupun baru satu malam Dani kene tinggal, Dani dah taknak ngan Mummy. Sedihnya Mummy. Daddy pujuk Mummy katanya anak kita tu merajuk.. dia dah besar dah pandai merajuk... hmmm ntahlah.. memang Mummy amat sedih.. tapi Mummy akan cuba untuk pujuk balik anak Mummy nie. Weekend ni masa yang sesuai untuk Mummy habiskan masa ngan Dani. So petang nie Mummy dah plan ngan Daddy nak bawak Dani pegi Ikea.. Ikea dah start buat jualan murahnya semalam. So memang masa yang sesuai untuk Mummy beli peralatan rumah sekaligus bawak Dani jalan2.

 

Ha.. cakap pasal umah, skang nie boleh dikatakan dah 60% siap. Dapur baru dah siap plaster dan simen dah. Bilik dan bilik air yang baru juga dah siap.. kontraktor tu baru jer siapkan plaster syiling untuk bahagian bawah rumah. Bahagian atas rumah mereka akan cuba siapkan minggu ni jugak. Lepas nie bolehlah terus pasang tiles, tingkap2 dan pintu2 baru untuk satu rumah. Dan kemudian barulah mereka install kipas2, lampu2 dan air-cond. Mummy target kerja2 ni boleh siap sebelum Sept dah boleh pindah balik ke rumah tu. So far hasil kerja kontraktor ni takder lagi yang mengecewakan kami. Hopefully sampai siap kerja2 mereka akan OK. Mungkin antara sebabnya adalah Mummy n Daddy bukanlah jenis yang fussy. Jadi kontraktor nie pun senang nak buat keje ikut kepakaran mereka. Kebanyakan idea untuk pilihan tiles, grill dan pintu adalah dari suggestion kontraktor tersebut. Mummy n Daddy percaya pada kepakaran mereka sebab itulah kami memang selalu setuju dengan cadangan2 mereka. OK la... this week Mummy akan cuba snap beberapa keping gambar rumah yang masih dalam renovation nie untuk tatapan semua... bye...


Posted at 02:49 pm by adriyani
Comment (1)  

Jul 17, 2008
Chickenpox & Pneumucoccal Vaccine - Thanks to Dr Angie from SJMC

Dani should had his Chickenpox vaccination (varicella) 4 months ago. Since his parents were so busy, he just had his Chickenpox vaccine last Saturday (he was 19 months 11 days on that day). Mummy & Daddy thought he can skip for that vaccine since that vaccine is not a compulsory vaccine as recommended by KKM. But, definitely Dr Angelina will never allow her patients to do that. She is really concern about vaccination. So, Dani's appointment with Dr Angelina last Saturday was ended with 2 vaccines. One is Chickenpox vaccine and the other one is Pneumucoccal vaccine (prevenar). This Pneumucoccal vaccine is the second dose. Dani had his first vaccine 6 months ago (he was 14 months at that time). Pneumucoccal vaccine is also not a compulsory vaccine but we have agreed to give Dani that vaccine due to our awareness on the Pneumucoccal Disease and of course because of strongly recommended by Dr Angelina (God.. this vaccine is really expensive, luckily all medical cost was borne by Mummy's Company heheheh). Therefore, Dani will get his First Booster Vaccine (Polio + HIB) during our next visit next month. Dr Angelina has also recommended us to give Dani Hepatitis A vaccine (no idea how much is this vaccine). We have received the pamphlet about this Hepatitis A vaccine and we'll think about it.

 

Hmm.. to all mums and dads I am encourage you all to provide your little ones with Pneumucoccal Vaccine. Especially to all my beloved friends who have a very cutie son and daughter. Please…please… please get full information about this vaccine from your paediatrician today.


Posted at 04:55 pm by adriyani
Make a comment  

Previous Page Next Page